Ni la kepah...
Wednesday, September 30, 2009
Cerita Raya...
Aku mengutip kepah dengan jayanya
Adik ke 3 aku..dengan sepupu aku..jantan separuh siap..(tomboy)..huhuhu
Ni adik bongsu aku..
Ni la kepah...
Ni la kepah...
Bercerita pasal raya, memang tak sahla raya kalau tak balik kampung mak aku kat Pekan, Pahang..walaupun raya kedua kitaorg balik ke sana, tapi kemeriahannya masih terasa..time org sibuk pegi beraya, kitaorg dah sibuk pegi ke pantai..tak tahu pulak sekarang ni musim kepah..kepah ni sejenis kerang yang dok kat dalam pasir..memang asyik habis mencari kepah ni..tak ingat nak balik..2 hari aku pegi ke pantai semata2 nak kutip benda alah tu..dapat sebaldi lebih..memang puas hati..banyak sgt stok sampai mak aku sedekah kat jiran2 sikit...huhuhu..kepah ni memang sedap di buat masak lemak dengan nenas..Aku ingat minggu depan nak pegi lahh...mcm kepah tu dah memanggil2 aku...huhuhu..
Posted by DIARI HATI SEORANG PENSYARAH BIASA... at 2:00 PM 0 comments
OfficeMate aku
Ni, Hadrah (lecturer Accounting), Lis (ni photographer yang sangat bertauliah, lecturer graphics, sape2 yang nak kahwin dia ade buat package gambar kawin, gambar2 lain pun bole..harga bole runding...hehehe promote gitu.. & Iti (pun lecturer accounting)
2, 3 hari sebelum raya hari tu, aku, Hadrah, Iti dan Lis merayap sakan kat KLCC..kebetulan student2 semua dah start coti..dapatla kitaorng semua melihat kecantikan alam semulajadi ciptaan Tuhan ini...huhuhu...menyoping sakan si Arah ngn Lis...kat Zara, topshop, nose, primavera, vincci..byk lagila...gilessss ...yang tak berani nak masuk kat LV..hehehehe..takde duit siot....Kat Center Courts Suria KLCC time tu ade decoration raya Ilham daripada hasil lukisan Dato' Lat tapi, diterjemahkan ke dalam bentuk realiti. .memang unik...Bergambar sakanla jwbnya..aku jd photographer aje..hehehe..patutnya sebelum raya hr tu lg dah aku post gmbr ni kt blog, tapi perasaan malas itu benar2 menguasai diri ini....
Posted by DIARI HATI SEORANG PENSYARAH BIASA... at 1:35 PM 0 comments
Thursday, September 17, 2009
Unexpected Hari Raya Gift
Hari Raya gift yang tak disangka2 dari boss aku..Madam Cecilia Perreira..Nahhhh amik...bunga chrysanthemum gitu...Kak K & Cat pun dpt..Ingat jugak dia kat kitaorg yek..Thanks so much Madam...Kad raya electronic pun dia sent...best btul...
Posted by DIARI HATI SEORANG PENSYARAH BIASA... at 2:20 PM 0 comments
Salam lebaran
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Salam Lebaran buat semua, dan dengan rendah dirinya, aku juga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah aku lakukan dalam ketaksengajaan ataupun tersengaja (hehehe..ni goes to my students)..Semoga lebaran kali ini membawa seribu kebahagiaan buat kita semua..Lebaran ni jugak merupakan lebaran terakhir untuk aku sebagai orang bujang, InsyaAllah..huhuhuhu..pasni dah berdua..Alhamdulillah, sehingga ke hari ni, aku tak pernah gagal lagi berpuasa..syukur...tak payah ganti puasa..huhuhu..thanks to my genetik turun temurun aku..Mak aku pun mcm tu...asal puasa jek sure penuh sebulan..syukur..syukur...Selamat bercuti semua..akhir kata sambutla ramadhan dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran..
TOUCHING LAGU NI..TERINGAT PENGORBANAN MAK DAN BAPAK AKU MASA KECIK2 DULU..DENGAR2KANLAH...
Posted by DIARI HATI SEORANG PENSYARAH BIASA... at 10:09 AM 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
A very2 Touching essay..(Behind the shemale story)
Dah jadi rutin aku, bila first class je aku akan suruh student aku buat short essay regarding theirself, why are they here in my class, and why are they here in this University College..Macam2la essay yang aku dapat baca, memang intresting gile..salah satu yang paling menyentuh hatiku adalah essay yang telah aku copy kat bawah ni...Nama sebenar polan si polan, tak aku tulis, cukupla mana yang baik dijadikan pengajaran yang buruk kita jadikan sempadan..Kadang2 keje mcm aku ni pun, menyentuh emosi..Apa nak buat..dah tugas...
'' My name is NorH***z Bin M*****i. Prefer to be called Sasha. I am 21 years old. Origin from Sarawak. Second child among 4 siblings. Grown up in an average environment. Since little I have gone through some challenges in my life conflict regarding myself, try to overcome everything regarding the conflict since 13 years old and however I discovered I’m cheating myself, now after all these years, I become myself despite what other thinks, as the challenges make me even appreciate myself more and be myself to prove to each other what I am capable of, thus during public exam, I put more than 100 % effort and eventually score 4A, 2B, 1C on UPSR, 8A’s in PMR, 3A, 2A2, 4B3, 1B4 in SPM and 2A, 2B on STPM..
Despite what others think and judge me, I’m still be honest and thankful towards others, hate hypocrite individuals. In live, I love everything nice and sweet, love children and wont give up easily when problem occurred. Easily emotional when see other in problem, especially love ones.
Realizing my dream to become a spa owner, I currently pursuing degree in Accountancy and Finance at this University College as the tuition fees are affordable compared to other and apart from that, I have rejected the offer by UITM as the University offered me degree in Tourism Management as I’m not interested in the course offered. On my 5th Semester, I am taking Human Resource Management as it is the subject I must take in order to learn more about management process in detail, for example in hiring employees, recruitment, and taking this subject will help me a lot in doing my business in the future.
Always dream about being beautiful despite religious factors and other perspectives as I bring no harm to others and only God the Almighty understand the reasons. As for my own judgment, I believe everyone is not a mistake, including myself.''
Korang boleh agak tak essay ni tentang apa? Emmm, sebenarnya ianya tentang konflik seorang remaja yang merasakan dia mampu menjadi apa yang mustahil baginya..Mengajar si remaja ni bukanla sesuatu yang susah bagi aku..dia sangat pandai, cepat menangkap apa yang aku ckp walaupun sukar sekali mahu mendengar suaranya di dalam kelas...Fasih berbahasa cina, remaja lelaki ini, lebih gemar bersama dalam kumpulan budak2 perempuan di dalam kelas..Seat first class yang paling belakang sekali...Itulah dunianya..Aku sangat tahu kenapa dia diam di dalam kelas, sebabnya...budak2 lelaki dalam kelas aku akan ketawakan dia kalo dia bercakap..kejamnya mereka..Bagi aku, Sasha sgt istimewa, bukan aku menyokong golongan seperti mereka, tapi mereka jugak layak diberikan tempat dalam society kita..tak patut menghukum mereka kerana luaran mereka..Kejam sekali kalo kita namakan mereka pondan atau maknyah..tapi kalau tak panggil tu, nak panggil ape?Mereka mungkin tiada identiti yang tertentu, tapi mereka punyai hati dan perasaan seperti kita..kasihanilah mereka..kasihan yang bertempat k..
Posted by DIARI HATI SEORANG PENSYARAH BIASA... at 9:30 AM 0 comments
Tuesday, September 15, 2009
Lamanya tak berkarya..
Lamanyala aku tak menulis ape2 sejak2 kebelakangan ni..nak kata bz tk jugak...emmm...ye tak ye jugak..tepon aku rosak, jadi nak amik gambar nak attach kt cni pun tak bole, tu yang dah lama gile tak update ape2 cite..petang ni aku akan ke Pan Pacific...ada jamuan berbuka puasa dengan student aku dan beberapa lecturer yang lain...huhuhu..bestnya...makan free lagi...
Posted by DIARI HATI SEORANG PENSYARAH BIASA... at 10:12 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)